Aktiviti Menceriakan Pusat Internet Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2020

17 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Ogos 2020 yang lalu, staff Pusat Internet (PI) PPR Kg Baru Air Panas bersama beberapa orang ahli PI telah menjalankan aktiviti menceriakan PI Sempena Bulan Kemerdekaan 2020. Bertemakan “Malaysia Prihatin” pada tahun ini bertepatan dengan aspirasi yang didukung oleh kerajaan bahawa seluruh rakyat Malaysia haruslah bersatu dalam memerangi apa sahaja ancaman yang datang bagi menjamin kesejahteraan bangsa dan Negara.

Objektif aktiviti ini diadakan adalah bertujuan menyuntik semangat patriotisme dalam kalangan rakyat pelbagai peringkat dan menggalakkan orang ramai terutama staff dan juga pegunjung PI mengibarkan Jalur Gemilang. Oleh itu, pengurusan PI PPR Kg Baru Air Panas akan menjalankan beberapa aktiviti dan program sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali